KUALA LUMPUR: UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Sivamurugan Pandian berkata ini kerana dari awal kempen sehingga hari kemenangan PRN Johor, hanya satu nama Menteri Besar disebut iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad.
Katanya jika ada pihak lain mahu pelantikan Menteri Besar yang baharu, bermakna parti itu harus mampu menguruskan isu ini dengan baik serta memastikan ia tidak menjejaskan kredibiliti parti.
"Sudah pasti jika beliau (Hasni) tidak dilantik, saya percaya akan ada perselisihan dalaman yang tidak dapat dielakkan sama sekali, kerana para penyokong beliau (Hasni) bertungkus lumus mengekalkan populariti bagi tunggak kemenangan PRN Johor.
"Lazimnya UMNO akan mampu meleraikan kekusutan ini secara damai dan mengadakan perbincangan secara musyawarah dan saya percaya parti itu tidak akan benarkan isu ini berpanjangan kerana mereka tahu Hasni merupakan seorang tokoh yang berwibawa dan luar biasa," katanya.
Sivamurugan berkata demikian ketika menjadi tetamu 'Ruang Bicara-PRN Johor Selesai, PRU15 Pula Dicanang' terbitan Bernama TV yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, malam tadi.
Katanya jika ia tidak diselesaikan dengan baik, bermakna pasca-PRN akan ada orang akan mempersoalkan adakah wujudnya kemelut dalaman parti dengan kewujudan nama lain dalam calon Menteri Besar, lebih-lebih lagi apabila hampir dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada minggu ini.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid pula berkata selain Hasni, dua nama yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar mempunyai kredibiliti dan kekuatan tersendiri dalam kepemimpinan politik.
"Antaranya pemenang DUN (Dewan Undangan Negeri) Rengit Datuk Mohd Puad Zakarshi, juga bukan orang baharu dalam UMNO kerana beliau sudah lama berkecimpung dalam politik dan faham keadaan politik selain ada kelebihannya memiliki doktor falsafah dalam cara analisis yang berlainan.
"Selain itu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Marchap, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang merupakan cicit kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar dan cucu kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn yang mempunyai salasilah keturunan tebal politik serta usianya yang muda selain berpendidikan tinggi dan latar belakang sebagai akauntan.
"Di situ kita boleh nampak bahawa salasilah, keturunan, pengalaman politik sejak 2006 serta semangat orang mudanya telah dikira ada keyakinan jika Hasni mahu mencadangkan orang muda untuk menerajui pimpinan Menteri Besar Johor," katanya.
Sebelum ini, Hasni dilaporkan akan dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, namun beliau mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor.
Pada PRN Johor, Hasni menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mengatasi tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.
Pada 28 Feb 2020, Hasni sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Pada PRN Johor, Hasni menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mengatasi tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut. - Foto BERNAMA
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Suspek 'serigala tunggal' | Cuba ceroboh Istana Negara | Tak sabar kembali main bola
- Ancaman JI terkawal, suspek serang balai polis Ulu Tiram bertindak sendiri
- Dua individu cuba ceroboh Istana, polis turut rampas parang
- Penduduk penat 'berperang' dengan ribuan lalat
- Cabaran jemaah haji negara, suhu di Mekah cecah 43 darjah celius
- Dua individu cuba ceroboh Istana, polis turut rampas parang
- Penduduk penat 'berperang' dengan ribuan lalat
- Cabaran jemaah haji negara, suhu di Mekah cecah 43 darjah celius
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.
PRU15: Cabaran debat, lebih baik berdialog dengan masyarakat - Hasni
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad lebih terbuka untuk berdialog dengan penduduk setempat berbanding dengan cabaran untuk mengadakan debat terbuka.